Saturday, February 26, 2011

Peranan dan Fungsi Masjid As-Salam Puchong Perdana


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH:
Nur Shafinaz Binti Md Hanafiah
No Matrik : 2010677756
Kumpulan: BMD2Ac

PROGRAM:
Diploma Pengajian Perniagaan

TARIKH HANTAR:
1 Mac 2011

ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Latar belakang Masjid
4. Sejarah penubuhan
5. Visi dan Misi
6. Pegawai dan jawatankuasa kariah masjid
7. Kegiatan masjid
8. Penutup
9. Rujukan

ABSTRAK

FUNGSI DAN PERANAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a., bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda, "Tidak berlaku hari kiamat,sehingga umat ku bermegah-megah dengan binaan masjid"(Hadis Riwayat Abu Daud).
Masjid adalah rumah Allah s.w.t. Mengimarahkan masjid, adalah ibadah. Di masjid dengan amalan sembahyang berjemaah, darjat pahalanya diangkat 27 kali ganda berbanding solat secara individu.

Masjid adalah medium untuk mensucikan diri, tempat tarbiyah terbaik, latihan jiwa, untuk tujuan zikir bagi mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Di zaman Rasullullah s.a.w, masjid bukan sekadar tempat para sahabat berkumpul berjemaah. Masjid adalah pusat pentadbiran, pusat sosialisasi masyarakat, pusat kegiatan ekonomi, muamalat, pusat kaunseling, tempat terbaik untuk mempupuk ukhwah dan semangat ummah bagi melahirkan. Masjid pada zaman awal era Islam hanyalah berbumbungkan pelepah tamar, dibina pada kadar yang paling asas, tetapi pengisiannya hebat.Umar Al-Khattab, Ubaidah Al-Jarrah, Saad Abi Waqas dilahirkan di Masjid. Bezanya kini, masjid begitu hebat, tersergam indah, ribuan masjid didirikan, hiasan dalamannya dengan permaidani. sistem audio begitu hebat, tetapi azan yang dikumandangkan oleh muazin gagal menyaingi kehebatan, kelunakan suara original penghuni syurga Bilal Rabaah. Masjid era moden seolah-olah binaan ritual, dikunjungi sekali sekala, oleh golongan pencen dan sudah berusia. Diimarahkan dengan begitu hebat pada minggu pertama awal Ramadhan, dilauti apabila sembahyang sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
Masjid juga sudah menjadi tempat bertekak untuk menyatakan siapa lebih Islam, sehingga persoalan dua imam timbul. Masjid sepi, dikunci setelah selesai sembahyang fardhu. Masjid kurang berdaya saing dalam menganjurkan aktiviti setempat, apa tidaknya, imam sendiri tinggal di mukim atau daerah lain, kadangkala hanya menjadi imam de facto, sedangkan beliau sendiri gagal hadir untuk mengimamkan sembahyang fardhu berjemaah. Kembalikan kehebatan peranan dan institusi masjid, agar watak-watak hebat, pejuang Islam sebenar muncul hasil tarbiyah, asuhan dan didikan dari institusi masjid ini.



LATAR BELAKANG MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

Kelihatan Masjid As-Salam seolah-olah terletak di atas permukaan tasik

Pemandangan Masjid As-Salam disebelah malam

Lokasi Masjid Masjid As-Salam Puchong Perdana yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


Kedudukan masjid ini dari persimpangan masuk LDP ke Taman Puchong Perdana hanya lebih kurang 300 meter sahaja.
Masjid As-Salam Puchong Perdana mula digunakan pada 5 Januari 2006. Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong.

Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan dan kawasan sekitar.

Pembinaan masjid ini di atas tasik, menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini. Bangunan masjid ini mempunyai 2 1/2 tingkat di mana 1 1/2 tingkat merupakan ruang solat. Ruang solat masjid boleh menampung lebih kurang 4000 orang. Manakala, tingkat bawah mempunyai beberapa kemudahan seperti berikut:


  • Pejabat Pengurusan
  • Pejabat Pendaftar Nikah
  • Bilik Kaunseling
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Kuliah
  • Dewan Serbaguna
  • Bilik Pengurusan Jenazah
  • Ruang solat tambahan
  • Stor Dapur
  • Bilik Mandi
  • Tandas

 VISI & MISI

Mulai 1hb. Jun, 2009, maka bermulalah satu era baru pentadbiran sebuah masjid yang menjadi mercu tanda kepada penduduk-penduduk di sekitar Puchong. Masjid yang telah dibina di sekitar tahun 2006, cukup sinonim dengan panggilan “Masjid Terapung” kerana sebahagian besar persekitarannya dikelilingi oleh Tasik, malahan sebahagian dari struktur binaannya berada di dalam tasik itu sendiri.
Dari segi binaannya, tidak dinafikan bahawa ianya antara masjid-masjid yang terindah binaannya berbanding dengan masjid-masjid lain yang setaraf dengannya di Negeri Selangor ini. Di atas kelebihan yang ada pada masjid yang kemudiannya dinamakan sebagai MASJID AS-SALAM Puchong Perdana, maka kami sebagai pentadbir dan Jawatankuasa Kariah telah melakarkan VISI & MISI Masjid As-Salam untuk kita sama-sama jadikannya suatu kenyataan.



 PEGAWAI DAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID AS-SALAM

Nazir
TUAN HJ YASIM MOHAMED
Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan
Ketua Unit Penjenamaan, Promosi & Publisiti
No Telefon : 019-356 7133
 Timbalan Nazir

EN. SAPIYAN B MOHD DIN
Pengerusi Biro Pembangunan
No Telefon : 017-343 8677

Setiausaha
EN.SUHAIMI BIN ISHAK
No Telefon : 012-2732 177

Bendahari
EN. MOHAMAD ASRI B YAACOB

AJK dan Bendahari

  Ahli Jawatankuasa
TUAN HJ AHMAD B HASSAN
AJK dan Penolong Pendaftar Nikah
No telefon : 017-6350 661

 EN. HARUN B NAYAN
AJK dan Pengerusi Biro Kebajikan
No telefon : 019-3287 197

EN.MASRI BIN SALLAH
AJK dan Pengerusi Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan
No telefon : 019-2460 826

 EN. ZAKARIA BIN MD ALI
AJK dan Pengerusi Biro Ekonomi
No Telefon : 012-3412486

 EN. ZUPRI B BANI
No telefon : 019-3539 830

 EN. RAMLI B SULAIMAN
No telefon : 016-6336 672

 Wakil Pemuda
EN. ROSLAN B HANAPIAH
AJK dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Belia
No Telefon : 012-3726-328

 Wakil Wanita
Puan Noor Hanim Bt Ismail
AJK dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita
No telefon : 017-2409 293

Pemeriksa Kira-Kira 1
 
EN. RAMLI B ABD RAHMAN
No telefon : 019-2197-923

Pemeriksa Kira-Kira 2
EN. ABDUL RAHMAN B YANG CHEK
E-mail: qsyusof@yahoo.com
Nombor telefon :
019-2260 807


Imam 2
Ust Mohd Firdaus b. Mansol
No. Telefon: 013-958 6935  
Imam 3
UST MOHD KHAIRUDIN B MALIK
E-Mail: khairuddinmalik@gmail.com
No telefon :
013-3573 568


 Bilal 1
HJ AB RAHIM B MAT PIAH
No telefon : 016-3896524

 Bilal 2
HJ MEOR HASSAN ASA'ARI B MEOR KASAH
No telefon : 013-3627011

 Siak


HJ. HAMDAN BIN MOHD JALI
No telefon : 012-3116 251
KEGIATAN MASJID

Program Maulidur Rasul 1432H
Acara pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak
Puchong, 19 Febuari bersamaan 16 Rabiulawwal 1432H: Walaupun sederhana Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid As Salam telah berlangsung dengan begitu meriah. Ianya memberi erti yang bermakna pada individu-individu yang terlibat serta anak-anak kariah yang hadir.
Pada sebelah paginya, para Jawatankuasa Program sudah mula sibuk dengan persiapan jamuan dimulai dengan penyembelihan seekor kerbau. Sebagai makluman kerbau ini telah disumbangkan kepada masjid oleh seorang dermawan tempatan.

.
Pihak masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini. Moga Allah memurahkan rezeki beliau dan keluarganya.
Selepas solat Zohor diadakan acara ringkas iaitu acara pertandingan mewarna dan bercerita bagi kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah. Hadiah dan kos pengendalian majlis ini juga telah disumbangkan oleh seorang dermawan tempatan.

Pihak masjid sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang begitu bermanfaat ini.
 
Walaupun jangkasama program ini berlalu begitu singkat sahaja iaitu sehingga asar, namun ianya dapat memperlihatkan suasana yang cukup memberansangkan dalam konteks memanfaatkan sambutan Maulidur Rasul.


Tuan Nazir menyampaikan hadiah kepada pemenang

Program seterusnya, jam 6.30 petang Imam 1 Masjid As Salam telah memulakan majlis dengan Bacaan Al Quran seterusnya bacaan Qasidah dari kumpulan jemputan (Perikatan Tasawuf).
Kumpulan Qasidah membuat persembahan
Para-para jemputan juga turut hadir memeriahkan majlis ini seperti Ketua Kampung Bt 14 dan Ketua Balai Polis Bukit Puchong. Bersolat Maghrib berjemaah dan seterusnya berselawat beramai-ramai pimpinan Imam 2 Masjid As Salam. Program di teruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Nazrul Nasir.

Para jemaah menikmati jamuan secara bertalam

Acara kemuncak bagi majlis ini ialah jamuan makan malam bertalam. Ini merupakan satu usaha yang diambil untuk sama-sama menghidupkan semula sunnah Rasullah SAW bersesuaian dengan sambutan hari kelahiran Baginda.
Untuk menzahirkan suasana ini, pihak masjid berusaha membelanjakan wang untuk menyediakan 200 talam untuk para jemaah malam itu. Bersyukur pada Allah SWT pada malam tersebut hampir 700 orang jemaah hadir untuk menjayakan program ini.

Melalui makan bertalam ini, kelihatan ukhuwwah sesama para jemaah amatlah baik sekali, pihak masjid begitu yakin sekiranya acara ini dijalankan sekerap yang mungkin nescaya hasil dan keberkatan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan memberi impak yang besar dalam memantapkan ukhuwah dan memeperkasakan ummah masa kini.  

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucapan dari Pengerusi Majlis mengalukan kehadiran penceramah dan muslimin muslimat. Diikuti dengan ucapan Pengarah Program iaitu Puan Hjh. Maimunah Yusoff seterusnya ucapan Ketua Biro Muslimah Masjid As-salam Pn Noor Hanim Ismail. Dan tidak kengkap sekiranya program anjuran Biro Muslimah tidak mendengar ucapan dari Nazir Masjid As-Salam iaitu Tuan Hj. Yasim B. Mohamed
YB Hjh. Siti Zailah menyampaikan ceramah yang bertajuk, “apakah pesanan Rasulullah kepada wanita???” Diantara intipati ceramah beliau ialah golongan wanita yang mudah untuk mendapat dosa dan menempah tempat di neraka bilamana adanya sifat kurang sabar, tidak berterima kasih kepada suami, meminta-minta diluar kemampuan suami,memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan suka berleter atau merungut.

Terdapat juga tanda-tanda keberkatan yang Allah beri khususnya kepada seorang wanita bilanya dilihat dari sudut cepat perkahwinannya, cepat hamilnya dan sedikit maharnya.
YB Hjh. Siti Zailah juga datang dengan membuka ruang kepada individu-individu yang ingin memberi zakat dan memberi sumbangan pakaian dan peralatan dimana sumbangan-sumbangan tersebut akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang-orang kurang/tidak berkemampuan yang berada dalam pentadbiran parlimen beliau iaitu Rantau Panjang.

Ceramah beliau berakhir jam 11.15 pagi dengan muslimat-muslimat yang hadir mengambil peluang untuk bersalam-salaman.
Diharapkan semoga semua yang hadir, menjadikan pertemuan dan himpunan pada 15 februari 2011 sempena hari kelahiran baginda Rasullah sebagai tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah seterusnya mengambil setiap apa yang berlaku pada diri Nabi dan pesanan baginda kepada kita semua sebagai suri tauladan kita yang menjadi umatnya dan mendapat syafaat baginda di akhir kelak.  

Pusat Tuisyen Matematik


Tuan Nazir sedang berucap merasmikan Pusat Tuisyen Matematik As-Salam
Suasana semasa pendaftaran
Pada 7hb Februari 2011 yang lalu, berlangsunglah seperti yang dirancangkan iaitu Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Matematik As Salam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari darjah 4, 5 dan 6 dan pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Suasana pendaftaran peserta tuisyen kelihatan amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sama-sama memberi dorongan dan semangat pada anak-anak mereka.
Pihak Jawatankuasa Masjid As Salam dibawah kelolaan Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan merasa cukup terharu dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para peserta dan ibubapa ini.

Selesai solat Isyak, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tuan Hj Yasim B. Mohamed, Nazir Masjid As Salam. Dalam ucapan tersebut Tuan Nazir telah menyelitkan beberapa tips-tips motivasi yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat para peserta dan ibubapa.
Para peserta kelihatan tekun mendengar ucapan Tuan Nazir tidak kurang juga para ibubapa yang sentiasa tetap menunggu diluar dewan walaupun terpaksa duduk diatas lantai kerana keadaan dalam dewan yang sudah penuh.
 
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iatu sesi taklimat dan motivasi yang disampaikan oleh En. Zahari Othman. Dalam sessi ini En Zahari telah menerangkan tentang konsep tuisyen yang beliau kendalikan yang mengutamakan konsep berfikir secara kritis dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Ia amat berbeza dengan tuisyen-tuisyen biasa yang lebih kepada latih tubi. Latar belakang Guru Tuisyen Matematik As Salam, En. Zahari Othman.En Zahari Othman merupakan ahli National Council of Teachers of Mathematics (N.C.T.M) USA, dan juga merupakan ahli Malaysian Mathematical Society . Beliau pernah berkhidmat di Institute of Mathematical Sciences, UM dan Fakulti Kejuruteraan UM sebagai penyelidik.

Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang Matematik, beliau telah membentangkan kertas kerjanya diperingkat nasional dan antarabangsa dan masih aktif untuk meningkatkan keilmuan dan kepakarannya dalam bidang 'Advanced Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking'.
En Zahari Othman juga pernah mengendalikan lebih dari 800 seminar untuk pelajar pra-universiti dan universiti didalam bidang 'Problem Solving- Mathemathics' untuk guru-guru dan pensyarah-pensyarah dalam konteks pembelajaran dan pengajaran melalui pemikiran kritis. Selain dari itu, beliau pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan dibeberapa buah universiti terkenal seperti Stanford University of California, Technical University of Berlin dan University Massachusets at Boston USA dalam bidang berkaitan dengan 'Mathematical Thinking' dan 'Critical Thinking' dalam 'Engineering Maths'. En Zahari juga sering dijemput menjadi tetamu TV3, TV 1 dan Astro.
Pusat Tuisyen Matematik As Salam ini diwujudkan khas untuk memberi peluang dan alternatif kepada anak-anak kariah untuk sama-sama mendalami dan menguasai ilmu matematik secara berkesan dan efektif. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang harus di galas oleh Jawatankuasa Masjid As Salam dalam usaha untuk memartabatkan budaya ilmu dikalangan generasi muda disekitar Qariah masjid ini.

Kelas pertama telah dimulakan pada 8/2/2011 iaitu untuk darjah 4,5, dan 6, diikuti oleh Kelas kedua pada 9/2/2010 dan akhir sekali kelas ketiga pada 10/2/2011. Pengamatan yang dibuat, didapati para pelajar memberi tumpuan penuh dan dapat berinteraksi dengan guru secara baik.

Pusat Khidmat Kaunseling Masjid As-Salam telah mula beroperasi
  • Mula operasi pada 1hb Feb 2011
  • Dibuka setiap hari Isnin dan Selasa
  • dari jam 9:00mlm ~ 11:00 mlm
  • Di Bilik Kaunseling Masjid As-Salam Puchong Perdana
Perkhidmatan adalah Percuma Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling ini masalah keluarga dan rumahtangga akan dapat dikongsi dan diselesaikan bersama. Pusat Khidmat Kaunseling ini juga akan berusaha mencari penyelesaian kepada wanita yang bermasalah terutamanya dikalangan ibu tunggal, ibu tinggal, remaja lelakidan perempuan, remaja terlanjur dan sebagainya.

Program Bicara As-Salam 





Puchong, 1 Feb: Masjid As-Salam Puchong Perdana sekali lagi membuat kejutan dan kelainan apabila berjaya menganjurkan Program Bicara As-Salam Siri 1 Sabtu lalu.
Program Bicara As-Salam yang berkonsepkan Forum Perdana bertajuk “Gejala Sosial: Madu atau Racun” telah diadakan di Padang Permainan, Perumahan Taman Puchong Permai dengan kerjasama Surau Raayah dan Surau An-Najatulhasanah.
Program yang telah diadakan itu menampilkan 2 orang panelist yang terkenal iaitu Yang Berbahagia Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama di Istana Negara dan Ustaz Roslan Mohammad, Pensyarah Kanan Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bertindak selaku Moderator pada program kali ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Program Bicara As-Salam yang bermula pada jam 9:30 malam itu diadakan dalam rangka untuk mencari satu jalan penyelesaian kearah membendung Gejala Sosial yang kian berkembang di kalangan masyarakat setempat. Program ini juga adalah inisiatif yang dipelopori oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat dan menggerakkan kerja-kerja Dakwah di sekitar Kariah Masjid As-Salam.

Program yang dihadiri oleh lebih 2000 orang penduduk yang terdiri daripada penghuni Taman Perumahan Puchong Permai dan Taman-taman Perumahan yang berhampiran telah berjaya memberi kesedaran tentang bahaya Gejala Sosial, permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian.
Ust Roslan telah dengan panjang lebar menjelaskan tentang punca dan sebab berlakunya gejala social, antaranya ialah, kurang ilmu agama, pergaulan bebas, institusi kekeluargaan yang goyah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh internet, fesyen pakaian dan dunia cinta remaja.

Dato’ Abu Hassan pula dalam penjelasannya berhubung penyelesaian kepada masalah Gejala Sosial ini telah menggariskan langkah-langkah untuk mengatasi seperti berikut; kembali kepada asas agama, banyakkan membaca, hadir bengkel dan seminar motivasi, lakukan aktiviti berfaedah dan bijak mengurus dan mengendalikan emosi.
Turut memberi kerjasama dalam menjayakan Program Bicara As-Salam ini ialah ahli jawatan kuasa Surau Raayah dan Surau An-Najatulhasanah dan juga Biro Keselamatan JKP Zon 14, Majlis Perbandaran Subang Jaya.

PENUTUP
Di dalam menyegarkan kembali institusi masjid agar kembali dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya di kalangan masyarakat, semua pihak yang bertaggungjawab samaada secara langsung atau tidak perlu meghulurkan kerjasama. Bermula dari pihak kerajaan, jabatan agama,  para pendakwah, masyarakat setempat sehinggalah kepada golongan ibubapa mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang boleh dilaksanakan. Bagaimanapun tulisan ini cuba untuk memberikan fokus kepada peranan yang boleh dimainkan oleh seorang pendakwah dalam usaha memberikan nafas baru kepada instituti masjid. Tentunya di dalam menyebut tugas dakwah, ia  tidak dapat lari dari panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam firmanNya :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
yang bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; (Surah an-Nahl, ayat 125)
Di dalam usaha untuk mengembalikan fungsi masjid agar dapat ‘hidup’ di tengah-tengah masyarakat khususnya umat Islam, para pendakwah hendaklah mengambil pendekatan-pendekatan berikut :
  1. Menjadikan masjid sebagai tempat yang mesra masyarakat dengan menjadikan program-program berbentuk kemasyarakatan berpusat di masjid. Ia meliputi aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan seperti biasanya diamalkan atau berbentuk kebajikan seperti majlis penyampaian bantuan dan sebagainya.
  2. Menghidupkan masjid dengan aktiviti-aktiviti ceramah yang tidak terlalu menyerang sebahagian anggota masyarakat atas apa jua isu. Perlulah diingatkan, sekalipun apa yang disebut itu benar, tetapi jika tidak kena dengan caranya, ia tidak mendekatkan masyarakat kepada masjid malah menjauhkannya.
  3. Ziarah ke rumah anggota masyarakat yang agak renggang dengan masjid juga perlulah dilakukan dari  masa ke semasa dalam usaha mendekatkan mereka denga masjid. Cenderamata dan hadiah yang dibawa walaupun tidak sebesar mana nilainya tetapi mempunyai kesan yang besar di dalam jiwa jika diberikan dengan niat dan hati yang  ikhlas.
  4. Menjadikan masjid sebagai pusat belajar al-quran dan tafsirnya (ulum al-quran). Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika ditambah dengan bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca dan memahami ayat-ayat suci.
  5. Berikhtiar untuk menjadikan masjid sebagai nadi ekonomi dalam masyarakat setempat. Sekiranya masjid terletak di dalam kawasan yang luas, ia boleh dikelilingi dengan aktiviti ekonomi dan sosial. Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
  6. Melengkapkan masjid dengan taman juga merupakan satu idea yang baik. Ia membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang. Konsep itu belum nampak dilakukan di negeri ini mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.
  7. Menjadikan masjid sebagai pusat percambahan ilmu kepada segenap lapisan masyarakat. Di dalam hal ini, masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya ahli jawatankuasa masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya. Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.

1 comment:

  1. Harrah's Hotel & Casino - Mapyro
    Harrah's Hotel 강릉 출장마사지 & Casino is located in the heart of the Southwestern United 이천 출장샵 States of 남원 출장샵 America. The hotel has 용인 출장안마 1,200 rooms, approximately 194,000 square feet of 경상남도 출장안마

    ReplyDelete